Ramadhan datang lagi…Rebutlah Peluang Sebagai Hamba Allah

Ramadhan datang lagi…Dengan kehadirannya seperti menanti kunjungan kekasih yang dirindui dan dicintai sepenuh hati..Apabila bersua, rasanya tidak mahu berpisah walau sedetik..
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.
Selamat menjalani ibadah berpuasa, bersama-sama kita berlumba-lumba mencari keredaan & keberkatan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini menjadi penawar kepada dosa-dosa yang telah lalu..seumpana mengutip emas yang bergelimpangan bertaburan turun dari langit… sama-samalah kita manfaatkan ia sepenuhnya kerana mungkin kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita… InsyaAllah.
;
No related posts.



takbirrrrrrrrr! Allahuakbar (“,)