Tahniah, kepada pengantin (Aqiela & Boy).
Sg. Udang, melaka
Terima kasih yang tak terhingga kepada pengantin dan keluarga..korang mmg happening la…x pasal2 aku pn dapat t-shirt sehelai dr family korang…1st time gi umah org kawin dapat t-shirt lg..kenangan tu…x sangka gak rupanye si boy ni (body builder) rupanya..siap bwk geng main besi sekali, termasuk SAZALI SAMAD…simpat gak aku bergambar dgn die…hehehe
ni adalah gambar permulaan utk tatapan korang…
MELAKA 7 Nov 2009. – Festival yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung selama 3 hari bermula 6hb hingga 7hb Nov 2009 telah dilaksanakan aktivitinya dengan sempurna. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Festival disertai oleh ‘bikers’ dari seluruh Malaysia,Thailand dan Singapura telah membanjiri Rumah Media di Air Keroh, Melaka dengan kehadiran yang cukup membangga.
Program ini bertemakan Ride for Gaza itu, yang bertujuan mengumpul derma dan sumbangan kepada rakyat Palestin serta Tabung Bencana Alam negeri Melaka. Peminat dan peserta motosikal klasik atau superbiker amat teruja menyaksikan pelbagai jenis motosikal dari kapcai hingga ke motosikal berkuasa tinggi. Tahniah kepada En. Azman A. Rahman selaku penganjur Realhouse Venture Sdn. Bhd.
Gambar dibawah adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti sempat di ’snap’ oleh lens kamera Team Bariqannur.
Setelah penat menyambut hari raya idul fitri, kini saya kembali bertugas sebagai jurufoto perkahwinan.
Tugas pertama selepas raya di kawasan Masjid Tanah Melaka, pada 02hb dan 03hb Oktober 2009. (1st week raya pn dh ade shooting tp not on duty)
Selamat Pengantin Baru kepada Saini & Esya…Tahniah.
Antara Shoot yang Menarik…hehehe
;

Ramadhan datang lagi…Dengan kehadirannya seperti menanti kunjungan kekasih yang dirindui dan dicintai sepenuh hati..Apabila bersua, rasanya tidak mahu berpisah walau sedetik..
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.
Selamat menjalani ibadah berpuasa, bersama-sama kita berlumba-lumba mencari keredaan & keberkatan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini menjadi penawar kepada dosa-dosa yang telah lalu..seumpana mengutip emas yang bergelimpangan bertaburan turun dari langit… sama-samalah kita manfaatkan ia sepenuhnya kerana mungkin kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita… InsyaAllah.
;
Saya merupakan salah seorang peserta Photocamp 4 yang dianjurkan oleh Candidsyndrome dimana pengasasnya adalah seorang profesional photographer di Malaysia iaitu Saiful Nang. Saya amat beruntung kerana banyak pengetahuan dan ilmu yang dicurahkan selama mana berada di dalam kursus tersebut selama 3 hari 2 malam itu. Photocamp 4 kali ini diadakan Janda Baik, Pahang. Bermula pada 23 feb hingga 25 feb 2009 yang disertai lebih 30 orang yang dibahagikan kepada 6 kumpulan. Saya berada didalam kumpulan 5 yang diketuai oleh Azamil,Razak,Syed,Ain, dan Wan. Fasilitator bagi kumpulan kami adalah Udey Ismail yang banyak pengalaman dalam bidang ini. Banyak yang telah kami belajar dari beliau. Terima Kasih diucapkan kepada beliau.
Ini sebahagian daripada hasil karya kami dari hari pertama hingga hari ketiga.
Alhamdulillah…
Akhirnya berjaya juga memiliki blog dan domain sendiri. Nak beli domain senang je tapi tak reti nak buat blog atau web sendiri. Dengan keinginan yang meluak nak kena ada blog atau web sendiri, saya berusaha suft internet dan meneliti web rakan-rakan yang lain dan bertemu la wordpress webblog ini. Tanpa pengalaman atau pengetahuan bagaimana cara-cara mengendalikan wordpress ini, dengan bantuan ‘help’ yang ada membantu serba sedikit memperkemaskini blog ini. Terima kasih dan tahniah kepada diriku sendiri….:-) angkat bakul pun bakul la.